Thursday, July 18, 2013

Persahabatan Yang Indah

Bismillahirahmannirahim..

Assalamualaikum..

Eh, bukan baru semalam update entry baru ke? Hahaha, sementara menunggu si Miwaa hantar kan novel, naik boring aku berdiri kat kounter neh, dan alang-alang krisis serta salah faham juga gurau senda yang berlaku semalam, terasa macam terpanggil nak update entry baru, ahaha, actually, rindu laa kat blog neh, bapak lama tak mengadu dan meluah perasaan kat sini, kesian, esok cuti, aku hantar kau pergi dry clean, okay, ahaha, tapi jangan main buih pulak, jangan lama-lama, batal puasa, jangan kentut dalam air tau.

Okay, serious kabo, eh, bapak lama gila aku tak guna ayat serious kabo tuh, last masa form five iaitu zaman kegemilangan aku dulu, kat SM Teknik Kuala Kangsar dulu, hahaha, tiba-tiba rindu pulak, okay, serious kabo, dah lama gila aku tak dapat request untuk menyanyi bila on the phone, entah macam mana, entah bagaimana, entah apakah gerangannya yang membuatkan si Cinta buat request macam tu, ahaha, suara sumbang lagi tak sedap neh disuruh nya menyanyi, ahaha, memang ke laut laa. Lagi sekali, surprise dia bagi, aku sebenarnya, tak pernah berharap yang dia akan nyanyi kan lagu tu, tak sangka dia study lagu tu dengan liriknya, semata-mata nak nyanyikan untuk aku, hahaha, mana nak cari kawan macam ni? Bersengkang mata, membazir kredit, bergayut sampai Mama dia pun dah bising, ahahaha, by the way, thanks a lot, you really make my day, always make me smile, thanks a lot, kawan, teman, sahabat, cinta, sayang, honey, dan segalanya bagi aku, sangat-sangat aku hargai dan kau bukan mudah untuk aku lupakan begitu saja.

Okay, sedikit coretan dari si Cinta kepada si Kasih.

KASIH.

I'll change your life just by being part of it.
I'll make you laugh until you can't stop.
I'll make you believe that there really is good in the world. 
I'll convince you that there really is an unlocked door just waiting for you to open it. 
This is forever friendship.
I'll lift you up in spirit when you're down and the world seems dark and empty and
I'll make that dark and empty world suddenly seem bright and full.
I'll get you through the hard times, the sad times and the confused times. I'll follow if you turn and walk away.
I'll guide you and cheers you on if you lose your way.
I'll hold your hand and tells you that everything is going to be okay.
And if you find me, you feel happy and complete because you need not to worry.
You have me, your forever friend, and forever has no end.

,
CINTA.

Cantik kan? Malas nak print screen, haha, copy paste nampak cam rajin sikit kan? ahaha..

Ada lagi satu, latest, semalam punya hal, hal kecil bagi aku, cuma tak sangka dia bersungguh hingga menitiskan air mata, dah aku pula yang jadi serba tak kena, aku kalau bab nangis-nangis neh memang kalah laa, cepat aje gabra, menggelabah tak tentu pasal, tapi yang pasti, aku tetap cool menangani masalah ini.

Here goes the new one, from Cinta to Kasih.

KASIHKU.

Kau lah yang mampu membuatku tersenyum waktu hati ini merana.
Kau jugalah yang ada di sisi ketika pipi ini basah dengan air mata.
Dan kau lah yang ada tatkala suka mahupun duka.
Terima kasih, sayangku.
Maafkan aku kerana tak mampu memahamimu.
Ku ingin kasih-cinta kita ini setiap waktu ada sampai maut datang menjemput kita.
Sayangku, bagiku kau adalah pelita hidupku.
Kau anugerah terindah dalam hidupku dariNYA.
Dan kau bagiku adalah pelengkap hidupku.
Tapi sayang, sejak detik itu, ku seperti kehilangan sebelah lagi diriku.
Ampunkan aku, sayang kerana telah mengukir luka di hati indahmu.
Ku berharap kita akan seperti dulu lagi.
Ku tak ingin cinta-kasih yang telah kita bina ini, sepi tak berpenghuni
.

,
CINTAMU.

Sama juga, sweet sangat, terharu masa dia hantar mesej kat aku macam neh, lagi best, tulis kat wall aku, thanks for everything Cinta, I'll try my best to be the best for you, just for you.

Nampaknya, kena la aku gali balik segala ilham dan kemahiran berbahasa aku, lama dah tak bermadah-madah macam neh, tak apa, perlahan-lahan nanti datang la balik, sumber dah ada, ahaha.

Untuk Kau, Cinta,

Aku ingin menjadi yang terbaik untuk diri mu, kerana hadirmu mengembalikan senyum ku yang telah lama hilang, mendengar suara manja mu membuat hatiku tenang, melihat wajah lembut mu membuatkan ku tersenyum sendiri sepanjang hari, hadirmu satu rahmat bagi diri ku, mengenali mu satu kegembiraan bagi ku, menyelami hati suci mu, satu kebahagiaan buat ku, andai kau pergi, separuh jiwa ku pasti hilang bersama mu, maafkan aku kerana sering membuat mu menitiskan air mata, sesungguhnya, aku amat menyintai mu, setulus hati ini, maaf andai jika kau selami hati ku, apa yang kau jumpa hanya lah parut lama yang masih berbekas seribu, maaf kerana hati ku penuh luka dulu, cuma janji ku, tidak akan meninggalkan mu dan akan ku menjadi yang terbaik untuk mu, hanya kamu.

,
Kasihmu 





Wednesday, July 17, 2013

Serious Shit!

Bismillahirahmannirahim.

Assalamualaikum.

Oh Mak I, humang Aihhh, bapo lamo dah tak update entry kek blog neh, haa, password blog pon lupo, kono reset balik, malu kek diri sendiri, hahaha, yang sobona aeee, ehh, yang sebenarnya sibuk plus tak ada masa plus komitmen pada kerja, komitmen pada tanggungjawab yang lain, so memang tak menyempat-nyempat nak upadate, nak menyonteng ape tah lagi.

Hahaha, gelak sensorang aku, bila tengok last entry punya date, 25 JANUARY 2013!!! ahahaha, sekarang dah 17 Julai 2013, bersamaan 8 Ramadhan, eh? ahaha, dah bulan puasa dah rupa nya, sekejap saja masa itu berlalu, dan dari jangka masa 25 January 2013 sehingga sekarang ini, dah macam-macam yang berlaku dalam hidup aku, dan macam-macam jugak yang aku belajar.

Malas nak flashback cerita lama, cukup la sekadar anda yang membaca tahu kami cuma sekadar kawan, faktor ketiadaan keserasian dan jodoh menjadi punca, ahaha, saya tak layak jadi SAKAI awak, sebab awak dah pun ada yang istimewa kan? Hahaha, well, jangan tanya mana saya tahu, saya stalker yang hebat, tahu? ahaha.

Okay, tutup cerita pasal awak, terima kasih atas nasihat dan bimbingan yang awak beri pada saya, thanks kawan, awak memang seorang kawan yang baik, dan saya akan hargai persahabatan itu, oh yeah kawan, get well soon, kesian saya tengok keadaan awak, semoga awak terus tabah menghadapi ujian dan dugaan yang mendatang, In Shaa ALLAH, ada masa, saya datang melawat awak.

Okay, my sweet 21st Birthday, tak tahu macam mana nak cerita, nak describe, cuma boleh cakap, rezeki ALLAH S.W.T, surprise dari my lovely Mama, Mama hadiahkan sebuah gitar, cantik sangat, tak tahu macam mana Mama beli, Mama bawa balik gitar tuh, dan yang paling tak boleh blah, Mama letak gitar tu dalam almari baju kat dalam bilik aku, dan aku tak tahu yang gitar tu dah seminggu ada kat dalam almari tu, mula-mula aku memang ada cakap dengan Mama yang aku sebenarnya dah lama nak belajar main gitar, aku dah belajar sikit-sikit, tapi pakai gitar orang, pinjam member punya, aku cakap la dengan Mama, nak kumpul duit beli gitar, tapi Mama pun tahu, yang aku punya gaji pun ngam-ngam je, memang tak lah nak menabung, jadi dah lama aku tangguh hajat nak beli gitar, yelaa, perit oo kalau kerja penat-penat, dapat gaji habis kat bayar hutang orang lain, letih makkk nakkk, hahaha, tak kesah laa nakk, so, gurau-gurau la dengan Mama, cakap laa, Mama, birthday tahun ni nak hadiah boleh? nak gitar ke, kereta sebijik ke? ahahaha, Mama cakap, dah umur 21 kan, patut nya Mama ngan Ayah bagi kau kunci, maksud kunci tu, kunci kebebasan, maknanya, kalau ada apa-apa, kau perlu selesaikan seorang diri, kira macam, Mama dengan Ayah kan lepas kan tanggungjawab Mama ngan Ayah, walaupun kau tinggal satu bumbung dengan kami, tapi Mama dengan Ayah bebaskan apa saja yang kau nak buat, cuma pandai-pandai jaga diri, jaga nama keluarga, jaga nama Mama ngan Ayah. Mama cakap cam tu, so, aku pun malas nak fikir pasal hadiah, sebab aku sedar, aku dah tua, dah 21 satu, tak malu ke nak mintak hadiah macam budak-budak, hahaha, cuma memang aku tak sangka, Mama betul-betul belikan gitar untuk aku, then aku cakap kat Mama, Mama kan dah tak kerja, mana Mama dapat duit beli gitar neh, mahal laa Maa, Camy gurau je ngan Mama, tak sangka Mama ambil serius, mana Mama dapat duit? Tahu Mama jawap apa? Mama cakap, duit yang kau bagi Mama tiap-tiap bulan tuh, Mama kumpul la sikit-sikit, lagi duit BR1M yang kau dapat tuh, kan kau bagi Mama separuh, Mama guna duit tuh laa. Aku jadi cam terharu sangat, nampak tak pengorbanan seorang ibu tu? Depan mata aku beb, peristiwa, perkara macam neh terjadi, selalu kita dengar cerita orang, tapi hari tu, aku rasa sendiri, terus aku peluk Mama, cium pipi Mama. Terima Kasih Mama, kerana telah bersusah payah membesarkan Syahmi dengan penuh kasih sayang, terima kasih kerana telah  melahirkan Syahmi ke dunia. Syahmi janji, Syahmi akan jaga Mama sebaik mungkin.

Okay, tutup cerita pasal tu, sekarang nak cerita pasal orang baru, haha, maksud aku, kawan, teman, sahabat baik yang baru. Orangnya biasa-biasa, cuma yang menarik ialah, perwatakan, dan nama. Okay, nama dia Siti Izzattie Nur Binti Murdafi, bagi aku, nama dia unik, :).

Ceritanya patut aku mulakan dari hari dia call aku untuk buat confirmation alamat sebab aku tempah baju kat Group Republic Of 92, so, dia yang kena edarkan baju kat mereka yang telah menempah, termasuk aku. Masa mula-mula dia call, aku ia kan saja apa yang di tanya, sebab aku tengah sibuk sebenarnya, aku sendiri pun tak dengar nama dia, lepas tu aku buat tak tahu je laa. Masa 9 Julai 2013, malam, dia sms aku, Happy Birthday, Sayang. Muka aku masa dapat sms tuh memang muka troll gila laa, tiba-tiba nombor tanpa nama hantar sms macam tu, terkejut la aku, ingatkan member-member lain saja nak mendajal, sekali aku call, perempuan yang jawap, tanya punya tanya, Izzattie laa nama dia, haha, kelakar aku rasa. Then, esok tuh aku macam tak yakin yang tu nombor dia, so aku sms kat dia, nak buat confirmation supaya senang aku nak save nombor dia dalam phone, tah macam mana, boleh melayan mesej dengan dia, sampai sahur mesej, lepas tu mula laaa, mesej non stop, on the phone lagi, haha, tiga malam tak tidur beb, sembang, borak, cerita, meluah rasa, dan akhir nya. terhasil lah sebuah perhubungan persahabatan yang akrab.

Mungkin bagi orang lain pelik dengan cara kami berdua, kami bersayang, bercinta bagai, tapi perasaan itu tak lebih sebagai kawan, dan aku sayang kan dia, hebat kan? Bagaimana dua jantina yang berbeza, melawan rasa sayang dan cinta itu, dan meletakkan batasan yang sayang dan cinta itu tidak akan lebih dari sebagai seorang kawan. Mungkin bagi orang lain, dah lama cabut dah, haaa, yela bercinta sayang bagai, tapi sebagai kawan je, sape nak kan? ahahaha.. Aku okay je, sebab aku dapat kawan yang baik, sangat baik, sweet, manis, sejuk mata memandang, suara yang mententeramkan dan mendamaikan jiwa. Pergghhh, untung seyhh pakwe dia. ahaha.

Surprise, 15 Julai 2013, jam 1.20 petang, dia terpacak depan kedai aku, sampai membuatkan aku kaku beberapa minit, menggeletar hingga ke petang, pucat dan tak percaya sepanjang hari, haha, gila tak menggeletar, dia datang dari jauh, alasan dia, cuma nak jumpa aku depan mata dia, dan dia rindu sangat kat aku. Okay, aku pun rindu kat dia, tapi, aku betul-betul tak sangka, yang dia sanggup datang semata-mata nak jumpa aku, tu je? What?? Kau ingat senang nak dapat kawan macam tu? Baru kenal berape hari je, dah jumpa depan mata, tapi itu sangat sweet, aku terharu sangat. 

Banyak lagi nak cerita, tapi aku rasa dah cukup panjang dah entry kali ini, mungkin next time, aku sambung lagi, kot, kalau la ada kelapangan. :P

Satu lagi aku nak cakap, syukur alhamdulillah, rezeki ALLAH nak bagi, kenikmatan Bulan Ramadhan, dan aku rasa, Ramadhan kali ini, penuh makna bagi aku, syukur YA ALLAH, ENGKAU telah hadirkan seorang sahabat yang sangat baik dalam hidup hamba MU ini, dan ENGKAU telah berikan kebahagiaan kepada hamba MU ini, syukur alhamdulillah.

Till next time.

Later, alligator!!


Friday, January 25, 2013

SPOIL!!!

Assalamualaikum.

Kacau!!!!! Baru nak update, dah ade keje lain pulak, potong giler!!

Thursday, November 22, 2012

Tak Ada Tajuk


Assalamualaikum.

Bissmillahirahmannirahim.

Okay, ruangan post title dibiarkan kosong terlebih dahulu, kerana takut isi lari dari tajuk. Sebenarnya, tak ada apa sangat yang hendak dikarangkan, cuma, sengaja nak mengisi masa lapang, lagi pun hampir sebulan jugak lah tak update blog, so, saja nak menconteng.

Okay, fakta yang paling penting sekarang neh ialah, Saya Rindu Awak, siapa awak itu? Biarlah rahsia, kerana awak tak bagi saya mention nama awak kat dalam blog saya kan? Sedangkan kerbau berpegang pada tali, ini kan pula manusia, harus lah berpegang pada janji, agar menjadi insan sejati, bukan kerana ingin dipuji, tapi cukup sekadar dihormati sebagai seorang manusia yang penuh dengan sifat rendah diri. Ikut resmi padi, makin tunduk, makin berisi.

Saya memang rindu awak sangat, ALLAH sahaja yang tahu, rindu nya saya pada awak. Sengaja saya tak mahu menganggu awak, awak kan tengah exam, biar lah awak fokus pada exam awak. Bagi saya, cukup la sekadar awak jadi kan tweet saya sebagai favorite awak. Terharu saya, ahahaha. Saya cuma nak awak tahu, saya rindu awak, dalam masa yang sama saya tak berani nak luahkan pada awak, saya tak nak awak tiba-tiba saja menjauhkan diri dari saya. Biar lah segalanya bermula dengan perlahan-lahan.

Saya haap, suatu hari nanti, perasaan awak yang hilang tu akan kembali ditemui. Saya akan tunggu, sehingga awak betul-betul bersedia, untuk terima saya, seadanya saya. Saya tak sempurna, tapi kehadiran awak menyempurnakan saya, dan saya harap saya juga mampu untuk menyempurnakan hidup awak. Biar banyak perbezaan dari persamaan, kerana bagi saya, persamaan itu sesuatu yang membosankan. Biar berbeza, kerana perbezaan itu yang melengkapkan kita. ALLAH itu Maha Adil.




TERSENYUM





Saya Sayang Awak.
Hanya Awak.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, October 29, 2012

Suara Hati



Assalamualaikum.

Bissmillahirahamannirahim.

Okay, one of my best man dah pun berangkat ke India, kakak beliau bakal di ijabkabulkan dengan seorang lelaki Dubai, haa, hidup senang la kakak beliau, okay, dua bulan la tak jumpa my best man tu, tahun depan baru dia balik, alang-alang, melancong sambil melawat family la kat sana, harap kau enjoy kat sana, jaga diri, jangan makan hati okay?

Okay, sebenarnya, saya nak bagi tahu kat awak, setiap kali saya mula rasa mengalah dengan awak, bagai ada satu kuasa yang menyuruh saya terus kan usaha, kata suara itu, "andai benar aku sayang kan dia kerana agama nya, teruskan lah usaha kau, andai benar kau mencintai nya kerana Allah dan Rasul nya, terus kan perjuangan kau, andai benar kau sudi menerima seadaanya dia, jangan sesekali kau mengalah".

Bila datang lagi perasaan macam tuh, saya secara tidak sengaja terbaca kata-kata yang merangsang semangat saya, antara kata-kata itu,
 
"ordinary person can be extra ordinary if you are able to take risk of your life.Never give up and always stand up".
"feel free to fighting what you're aiming".
 
Lebih-lebih lagi bila lagu Jason Mraz ( I won't give up ) berkumandang di corong-corong radio, lagi lah memnbangkitkan semangat saya terhadap awak, saya bukan jenis yang suka-suka nak cakap saya sayang awak, saya rindu awak, tetapi jenis saya, bila saya cakap saya rindu, memang saya rindu, kalau saya cakap saya sayang, memang saya sayang, dan hati saya bukan senang nak sayang pada seseorang, bila dah sayang, sememang nya saya sayang.
 
Saya Sayang Awak
hanya awak
...............
 

Sunday, October 28, 2012

Interpretasi Rabak, Minda Celaru, Kejuruteraan Metafora Andalusia



Assalamualaikum.

Bissmillahirahmannirahim.

Mungkin, aku harus mula kan dengan ini,

"kadang-kadang, perkara yang orang tak pernah buat itu unik, tapi kalau perkara itu dilakukan dengan ikhlas, ia mungkin akan jadi sesuatu yang indah bagi mereka yang ikhlas menerimanya". 

 "kadang-kadang, yang terindah bukan lah yang terbaik untuk kita, yang sempurna pula tak selalu menjanjikan kebahagiaan, namun jika kita dapat menerima kekurangan menjadi kelebihan, itu lah kesempurnaan untuk kita".

 " satu masa dulu, di sebuah pekan, secara tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Semua pejalan kaki mengambil tempat untuk berteduh di kaki lima yang berhampiran kecuali seorang pemuda yang meneruskan perjalanannya sambil meredah hujan yang lebat. Salah seorang daripada pejalan kaki menegur pemuda itu, 'mengapa kamu tidak berteduh di bawah bumbung ini?' jawap pemuda itu, ' jalan dihadapan itu hujan juga, jadi apa bezanya kalau aku meneruskan perjalanan ku daripada aku menunggu hujan yang entah bila akan berhenti.' 

 "tahu kau sihat dan senyum manis di muka, dah cukup untuk buat aku tersenyum hingga ke telinga".

 "kau suka, aku suka, kau gembira, aku gembira, kau ceria, aku ceria, kau happy, aku happy, tapi bila kau sedih, aku suka, bila kau nangis, aku ceria, bila kau berduka, aku gembira, bila kau kecil hati, aku happy, kau tanya kenapa, aku tak nak kau tahu yang aku juga sedang menangis di dalam hati, kerana aku tak mahu kau tahu, aku juga rasa apa yang kau rasa".

 "there's nothing wrong with being a crow, when you compare them to the poor caged birds that have forgotten to fly, crows are much better, so being a crow is good enough for me".

TRANSLATE
( "tiada salah nya menjadi seekor gagak, kalau nak dibandingkan dengan burung jinak di dalam sangkar yang dah lupa macam mana cara nya nak terbang, burung gagak adalah lebih baik, jadi, menjadi seekora gagak adalah sudah cukup bagus untuk aku" )

 
"wahai sang pelangi indah yang munculnya seketika, sayang tak aku lihat, kini tiada tetapi, selagi aku bernyawa, aku akan mengemis cinta, dan ku akui, semua yang tersimpan di muara hati, mengimpikan altar cinta, sehingga gila sang majnun menagih cinta si laila, dan tanpa tersedar, aku lah yang tersakiti, dan kerana aku yang berdosa, ku pohon keampunan dengan sepenuh ketulusan hati, dengan harapan andai diberikan ku satu peluang, pasti ku tunaikan permintaan, agar kekal sepanjang zaman, kerana dirimu duniaku terlepas, kerana kau yang teratas, tanpamu semangat jadi tewas, dan kerana kau, aku bernafas".

 "pengakhiran yang tergantung tidak bertali, sebuah diari lama menjadi saksi, luahan, curahan segala isi hati, pahit manis suka dan benci, menjadi satu memori abadi". 


"aku lihat dunia merobek segalanya, mencengkam, memperdaya, namun aku masih percaya, tak mungkin kita terpisah selamanya, tanpa bertemu kembali, kerna selagi aku bernyawa, aku akan mengemis cinta, andai jika mampu aku kembali, mengulangi masa, pasti aku tunaikan permintaan terakhir, tetapi, jika terdengar lara aku, suara hati yang memanggil nama mu, karena separuh aku, mencuba menyentuh lara mu, semua luka mu telah menjadi milik aku, karena separuh aku, adalah diri mu".

"aku memang pelik, dan aku tak pernah merasa kekurangan dengan sifat aku yang pelik, kerana aku sentiasa bersyukur, dan menganggap, di sebalik sifat pelik aku, bukan semua orang mampu berfikir macam aku, rasa apa yang aku rasa, pahit perit, sedih pedih hidup aku".

"untuk awak, saya nak awak tahu, walau macam mana sakai pun saya, walau sejauh mana benci awak pada saya, saya tetap sayang awak, sebab awak memang istimewa di mata saya, di hati saya, di minda saya".

" SAYA SAYANG AWAK"

"hanya awak"
 ..............
 

Monday, October 15, 2012

Hanya Awak


Assalamualaikum.

Bissmillahirahmannirahim.

Sorry la, saya kalau pasal mukadimah neh memang failed, sebab selalu tak ada idea dipermulaan entry, berlambak idea dipertengahan entry, dan lost idea bila dah nak stop cerita. :P
Okay, memang entry neh, khas untuk awak, hanya awak okay. :)
Sebenarnya, tiada apa yang awak perlu risaukan tentang perasaan saya, sebab perkara ini, saya sendiri yang nak, saya sendiri yang mempertaruhkan perasaan saya, jadi sekiranya berlaku sesuatu yang buruk di akhir nanti, saya dah bersedia untuk menerimanya.

Hakikat adalah hakikat, buruk atau baik, walau pahit macam mana pun, saya kena terima, sebab itu dah tertulis untuk saya, saya faham, sepanjang hidup saya neh, saya tahu, saya memang jenis "watak" yang cukup sedih, jadi sedih, sunyi, atau apa-apa jela yang berkaitan, memang dah jadi mainan hidup saya.

Kata orang, belum cuba belum tahu, berpantang maut sebelum ajal, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, ada hati semua jadi, tapi ikut hati, nanti mati, tepuk dada, tanya la iman.
Saya dah cukup bersedia dengan segala kemungkinan. Sebab sebelum saya buat keputusan, saya dah congak, apa kesudahan yang bakal terjadi.

Jadi, untuk awak, 
SAYA SAYANG AWAK.

Ya Allah, baik nya dia terhadap aku, selalu mengingatkan aku untuk sentiasa menjalankan kewajipan ku terhadap MU dan juga terhadap keluarga aku. Ya Allah, andai benar ENGKAU ciptakan dia untuk aku, satukan lah hati kami, andai benar dia bukan untuk aku, jadikan lah kami sahabat baik, di dunia dan di akhirat, dan berikan lah dia perlindungan yang sempurna dan kebahagiaan bersama insan yang tersayang.
Berikan lah keberkatan hidup kepada dia, di dunia mahu pun di akhirat
 Amin Ya Rabbal'alamin.

Hanya Awak, Yang Saya Sayang.

Much much love. :)